Auckland bandar paling layak didiami tahun 2021 - Utusan Malaysia

Auckland bandar paling layak didiami tahun 2021

PEMANDANGAN bandar Auckland dari Sky Tower setinggi 328 meter. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Auckland di New Zealand dinobatkan sebagai bandar paling layak didiami dalam kedudukan tahunan yang berubah akibat pandemik Covid-19. 

BBC melaporkan, tinjauan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) menyenaraikan 140 bandar berdasarkan faktor kestabilan, infrastruktur, pendidikan serta akses kesihatan. 

Senarai terkini menunjukkan negara Eropah mengalami kejatuhan dalam senarai itu, manakala, Australia, Jepun dan New Zealand menghuni carta teratas. 

Faktor utama bandar Auckland dipilih adalah berdasarkan kaedah New Zealand menangani penularan wabak Covid-19 sehingga berjaya mengurangkan bilangan kes baharu sekali gus melonggarkan sekatan pergerakan. 

 

10 bandar paling layak didiami 2021: 

 

  1. Auckland, New Zealand 
  2. Osaka, Jepun
  3. Adelaide, Australia 
  4. Wellington, New Zealand
  5. Tokyo, Jepun 
  6. Perth, Australia 
  7. Zurich, Switzerland 
  8. Geneva, Switzerland 
  9. Melbourne, Australia 
  10. Brisbane, Australia 

 

10 bandar tidak layak dihuni 2021: 

 

  1. Damsyik, Syria 
  2. Lagos, Nigeria 
  3. Port Moresby, PNG
  4. Dhaka, Bangladesh
  5. Algiers, Algeria
  6. Tripoli, Libya
  7. Karachi, Pakistan
  8. Harare, Zimbabwe
  9. Douala, Cameroon
  10. Caracas, Venezuela
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya