Penjenayah naik helikopter serah diri di balai polis - Utusan Malaysia

Penjenayah naik helikopter serah diri di balai polis

JAMES Bryant ketika menaiki helikopter untuk menyerah diri di balai polis. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Seorang lelaki yang menjadi buruan pihak berkuasa di kawasan pinggir bandar New Zealand menggunakan perkhidmatan helikopter untuk membawanya ke balai polis bagi serah diri.

Lapor BBC, James Bryant yang berdepan dengan dakwaan jenayah, bersembunyi selama lima minggu di sebuah pekan kecil di Otago Utara.

Lelaki itu didakwa terlibat dalam serangan bersenjata, mencederakan dengan niat dan memuat naik tiga hantaran mengugut.

Bryant memberitahu media tempatan, dia ‘menikmati masanya’ ketika bersembunyi, namun sudah bersedia untuk menyerah diri.

“Sepanjang bersembunyi, saya banyak melakukan yoga sebelum membuat keputusan menyerah diri kerana bimbang dianggap berbahaya oleh penduduk.

“Saya menghubungi peguam tahanan, Arthur Taylor dan memintanya menggunakan perkhidmatan helikopter untuk bawa saya ke balai polis,” katanya.

Taylor yang merupakan bekas banduan berprofil tinggi memaklumkan dia sempat memberi lelaki itu minuman dan makanan ketika dalam perjalanan ke balai polis.

“Bryant membayar sendiri upah perkhidmatan helikopter tersebut kerana dia ingin menyerah diri secara ‘bergaya’,” ujarnya.

Media tempatan melaporkan, Bryant ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini pada pukul 4 petang kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya