21 peserta larian rentas desa maut di China - Utusan Malaysia

21 peserta larian rentas desa maut di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 21 peserta yang menyertai perlumbaan rentas desa di kawasan gunung di barat laut China maut akibat suhu sejuk berserta angin kencang dan hujan lebat.

Xinhua melaporkan, peserta yang terlibat mula mengalami masalah fizikal apabila suhu tiba-tiba jatuh secara mendadak.

Terdapat juga peserta yang dilaporkan hilang akibat cuaca buruk tersebut apabila perlumbaan sejauh 100 kilometer di Taman Negara Yellow Stone River di bandar Baiyin di wilayah Gansu dihentikan.

Awal pagi ini, seramai 20 peserta ditemukan mati dengan seorang hilang.

Lebih 700 anggota keselamatan dikerah ke lokasi bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR).

Seranai 172 peserta mengambil bahagian dalam acara tersebut dengan 151 disahkan selamat. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya