Asia Tenggara dilanda hujan 'luar biasa' hingga akhir tahun

Asia Tenggara dilanda hujan ‘luar biasa’ hingga akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Rantau Asia Tenggara bakal menyaksikan taburan hujan lebih tinggi daripada biasa dalam beberapa bulan akan datang yang dikhuatiri mengancam pertanian, pelancongan dan pengeluaran perindustrian di rantau yang sudah dilanda beberapa siri ribut tahun ini.

Menurut laporan Bloomberg, pakar cuaca meramalkan hujan lebat hingga akhir tahun ini turut menghalang usaha pemulihan di Vietnam yang dilanda Taufan Yagi bulan lalu.

Vietnam sudah pun menanggung kerugian sebanyak 40 trilion dong (RM6.9 bilion) akibat taufan terburuk itu dan pihak berkuasa memberi amaran kerosakan akibat ribut seperti kilang, sawah padi dan ladang kopi yang ditenggelami air bakal mengurangkan pertumbuhan keseluruhan ekonomi tahun ini.

Thailand yang bergantung kepada pelancongan berdepan kerugian sekitar 30 bilion baht (RM3.88 billion) akibat gelombang banjir di utara termasuk di Chiang Mai, yang memaksa pemindahan kira-kira 100 gajah dari pusat pemuliharaan.

Filipina yang mengalami kira-kira sembilan taufan setiap tahun, sbahagiannya membawa maut seperti Gaemi pada Julai, Yagi pada September dan Krathon pada Oktober menjadi antara negara paling terjejas di Asia Tenggara.

“Keadaan La Nina yang diramalkan sepanjang Oktober dan November adalah faktor yang menyumbang kepada keadaan hujan lebih lebat dan berterusan dalam tempoh lama di beberapa negara di rantau ini,” kata Pusat Meteorologi Khusus Asean.

Singapura mengeluarkan amaran banjir semalam apabila hujan tertinggi dalam tempoh 40 tahun, dengan ribut petir membadai pulau itu.

Agensi cuaca Filipina meramalkan sebahagian besar kepulauan itu mungkin menyaksikan hujan lebat melebihi purata sepanjang akhir tahun dan 160 peratus melebihi purata pada bulan Januari.

Vietnam diramal bakal berdepan nasib serupa dengan hab perindustrian penting dikhuatiri dibadai sekurang-kurangnya lima kejadian banjir hingga Mac.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia meramalkan 60 peratus kemungkinan keadaan La Nina muncul menjelang akhir tahun ini yang menggerakkan air lebih panas ke arah barat Lautan Pasifik dan membawa lebih banyak hujan di rantau ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN