Ribut Tropika Nalgae badai selatan Filipina, 13 maut - Utusan Malaysia

Ribut Tropika Nalgae badai selatan Filipina, 13 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COTABATO: Hujan lebat yang melanda Filipina menyebabkan beberapa insiden tanah runtuh dan banjir yang setakat ini mengorbankan 13 orang.

Keadaan itu berlaku ketika satu ribut tropika melanda selatan Filipina, hari ini.

Menurut jurucakap dan ketua pertahanan awam bagi kerajaan wilayah, Naguib Sinarimbo, berkata 10 mangsa yang terkorban berasal dari bandar Datu Blah Sinsuat di pulau Mindano yang kini dilanda banjir.

Pasukan penyelamat yang menaiki bot getah menemukan tiga lagi mayat di bandar Datu Odin Sinsuat ketika melalui kawasan banjir di sekitar bandar Cotabato, kata Sinarimbo.

“Kami berharap jumlah kematian akan berakhir di sana,” tambahnya.

Pasukan penyelamat termasuk unit tentera turut memeriksa kawasan lain yang dilaporkan berlaku banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat bermula lewat semalam.

Pejabat cuaca di Manila memaklumkan, kesemua insiden itu disebabkan oleh Ribut Tropika Nalgae.

Nalgae menuju ke utara Filipina, yang mana pejabat pertahanan awam berkata hampir 5,000 orang dipindahkan dari kawasan banjir dan tanah runtuh sebelum ribut reda yang dijangka pada Sabtu atau Ahad ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN