JAKARTA: Menteri Kewangan, Sri Mulyani menegaskan kejatuhan nilai mata wang Indonesia lebih baik berbanding mata wang negara lain termasuk Malaysia.
Lapor CNN Indonesia, beliau menjelaskan nilai tukaran rupiah sekarang adalah 4.55 peratus sejak awal tahun hingga 28 Julai lalu.
Sebagai contoh, katanya, Malaysia jatuh 6.46 peratus dalam tempoh sama, begitu juga India negatif enam peratus dan Thailand negatif 9.24 peratus.
Dalam perkembangan sama, Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo berkata, dolar Amerika Syarikat (AS) masih terus mengukuh sejak beberapa bulan lalu.
Bahkan, katanya, mata wang negara itu pernah mencecah paras tertinggi sejak 2022.
“Memang benar seluruh mata wang dunia terus lemah berbanding dolar AS yang terus mengukuh,” katanya.
Petang kelmarin, rupiah berada di paras 14,873 (RM4.43) bagi setiap dolar AS atau melemah 39 mata atau 0.26 peratus.
Rupiah diperhatikan bergerak dalam julat 14,853 (RM4.45) hingga 14,886 (RM4.46) bagi setiap dolar AS sepanjang hari.
Dalam 52 minggu terakhir, rupiah bergerak pada paras 14,057 (kurang 1 sen) kepada 15,075 (kurang satu sen) bagi setiap dolar AS.