Bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza berakhir tragedi

Bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza berakhir tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pesawat udara menjalankan misi penurunan bantuan kemanusiaan pertama sejak pertengahan Julai di kawasan Al-Mawasi, barat Khan Younis di selatan Gaza.

Menurut saksi, pesawat yang tidak dikenali itu menjatuhkan bekalan bantuan menggunakan payung terjun di bandar pantai Al-Qarara.

Bagaimanapun, satu kerosakan teknikal menyebabkan kotak bantuan jatuh di atas khemah menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, mengakibatkan kematian dan kemusnahan, menurut saksi.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu seorang warga emas terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam insiden tersebut.

Israel telah mengenakan sekatan ketat terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, terutamanya melalui darat.

Kekejaman rejim menyebabkan wilayah terkepung itu berdepan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar sehingga mengakibatkan kebuluran meluas, yang telah meragut nyawa ramai kanak-kanak serta warga tua.

Penduduk Palestin serta organisasi hak asasi manusia antarabangsa menuduh Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata di Gaza, yang turut disifatkan sebagai jenayah perang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel membuka lintasan darat bagi membolehkan bantuan kemanusiaan penting memasuki wilayah tersebut sebelum krisis yang semakin meruncing meragut lebih banyak nyawa.

Sejak 2006, Israel telah mengekalkan sekatan ke atas Gaza, menjadikan kawasan tersebut digelar sebagai penjara terbuka yang terbesar di dunia.

Lebih 42,400 orang dilaporkan terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 99,100 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Serangan Israel ini turut menyebabkan hampir seluruh penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN