Tiga tahun disekat jika kunjungi negara senarai merah - Arab Saudi - Utusan Malaysia

Tiga tahun disekat jika kunjungi negara senarai merah – Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi memberi amaran kepada warganegaranya agar tidak melakukan perjalanan ke destinasi yang dilarang ketika pandemik Covid-19.

Lapor Saudi Press Agency, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mana-mana rakyat yang mengunjungi negara dalam `senarai merah’ kerajaan Arab Saudi, akan dilarang melakukan perjalanan selama tiga tahun.

Rakyat Arab Saudi dilarang melakukan perjalanan ke Indonesia disebabkan wabak Covid-19 yang semakin buruk.

Mereka yang kini berada di negara Asia itu diminta untuk lebih berhati-hati dan mengelak berada di kawasan yang mempunyai jumlah kes jangkitan Covid-19 tinggi.

Pihak berkuasa juga melarang perjalanan keluar masuk dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ethiopia dan Vietnam kerana kebimbangan varian baharu yang pantas merebak.

Arab Saudi mengesahkan 10 lagi kematian akibat Covid-19 semalam, sekali gus jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,189 kes.

Arab Saudi merekodkan sebanyak 1,379 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlahnya 520,774 kes jangkitan wabak.

Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 11,136 kekal aktif dan 1,419 dalam keadaan kritikal.

Berdasarkan data kementerian kesihatan, jumlah kes tertinggi dicatatkan di Riyadh iaitu sebanyak 273 kes, diikuti Mekah (242 kes), Wilayah Timur (224 kes) Asir (154 kes) dan Jazan (117 kes). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya