LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencuri perhatian apabila mendakwa pentadbirannya telah berjaya menamatkan tujuh peperangan di seluruh dunia dan menyifatkan dirinya sebagai ‘peacemaker-in-chief’. Kenyataan itu dibuat ketika sidang akhbar bersama Perdana Menteri Britain, Keir Starmer di Chequers selepas menghadiri upacara penuh istiadat rasmi di Windsor Castle. Trump tanpa berselindung turut menyatakan kekecewaannya terhadap Presiden Russia, Vladimir Putin yang disifatkan telah ‘mengecewakan’ bukan sahaja dirinya malah juga…