TENNESSEE: Seekor kuda belang peliharaan yang terlepas dari kandangnya dan menjadi tular di media sosial setelah berkeliaran lebih seminggu di Tennessee akhirnya berjaya ditangkap pada Ahad, menurut pihak berkuasa. Kuda belang yang dikenali sebagai Ed the Zebra ditemui selamat di sebuah padang rumput berhampiran kawasan perumahan di komuniti Christiana, Tennessee tengah, kata Pejabat Sheriff Daerah Rutherford. Pihak sheriff memaklumkan Ed berjaya ditangkap oleh pasukan udara mereka. “Ed telah diterbangkan dengan…










