WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan rancangan untuk melaksanakan misi airdrop atau menggugurkan bantuan makanan dan bekalan melalui udara di Gaza. Keputusan itu dibuat sehari selepas lebih 100 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel ketika menunggu mendapatkan bantuan makanan. Biden berkata, misi airdrop pertama AS di Gaza itu akan dilaksanakan dalam beberapa hari lagi, tanpa menyatakan butiran lanjut. Setakat ini, beberapa negara lain termasuk Jordan dan Perancis sudah…










