PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan amaran cuaca itu membabitkan seluruh Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.
Amaran itu turut membabitkan Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Machang dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Keadaan sama juga diramal melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya.
MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN










