PETALING JAYA: Sebanyak 55 penerbangan mingguan melibatkan enam syarikat penerbangan dilaporkan telah dibatalkan bagi tempoh 23 hingga 28 Mac lalu.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, perkembangan itu turut memberi kesan kepada sektor pelancongan apabila ketibaan pelancong dari 1 hingga 25 Mac menunjukkan penurunan dengan unjuran penyusutan penumpang dari Asia Barat sebanyak 1.5 juta orang bagi tahun ini.
“Sektor penerbangan dan pelancongan sudah menunjukkan tanda tekanan. Tetapi belum menjadi gangguan menyeluruh kepada ekonomi domestik.
“Daripada data yang dikemaskini, pergerakan pengangkutan laut dan darat masih relatif stabil, khususnya bagi pengendalian kargo dan pergerakan penumpang pengangkutan awam,” katanya dalam sesi Taklimat Krisis Tenga Global, hari ini. – UTUSAN









