Tuduhan kes dokumen sulit: Trump mengaku tidak bersalah

Tuduhan kes dokumen sulit: Trump mengaku tidak bersalah

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah atas pertuduhan baharu yang difailkan terhadapnya kerana didakwa salah kendali dokumen sulit kerajaan.

Pemimpin berusia 77 tahun itu didakwa dengan tiga tuduhan jenayah baharu dalam kertas pertuduhan difailkan oleh peguam khas Jack Smith.

Dalam satu kenyataan bertulis yang diserahkan kepada mahkamah daerah AS di Florida, Trump mengaku tidak bersalah atas pertuduhan baharu itu.

Trump juga mengenepikan haknya untuk hadir pada perbicaraan 10 Ogos depan atas pertuduhan baharu itu.

Pengakuan itu dibuat sehari selepas Trump mengaku tidak bersalah di Mahkamah Persekutuan di Washington terhadap pertuduhan bersubahat untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden AS.

Trump dijadualkan dibicarakan di Florida pada Mei tahun depan bagi pertuduhan mengambil dokumen sulit kerajaan dan dibawa ke kediamannya di Mar-A-Lago dan enggan memulangkannya.

Pertuduhan tambahan yang difailkan terhadap Trump pada minggu lalu berkaitan dakwaan untuk menghalang siasatan FBI dan mendapatkan semula dokumen sulit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya