Kapal tangki belayar di Qatar terkena tembakan - Utusan Malaysia

Kapal tangki belayar di Qatar terkena tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah kapal tangki yang belayar di perairan pantai utara Qatar dilaporkan terkena beberapa tembakan peluru berpandu, menyebabkan jumlah korban yang tidak dinyatakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), insiden berlaku 51 batu nautika atau kira-kira 94 kilometer dari pantai negara kecil Teluk itu, sambil menambah pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan. Ia tidak menyatakan dari mana kapal berkenaan berasal.

Serangan yang dilaporkan berlaku pada Rabu itu kira-kira 500 kilometer dari Selat Hormuz.

Kapal-kapal di Teluk dan yang cuba melalui selat itu, satu-satunya laluan keluar masuk bagi kapal ke rantau yang kaya dengan minyak berkenaan, berulang kali diserang sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel mencetuskan perang di Asia Barat pada akhir Februari.

Iran mengenakan sekatan ke atas selat itu sejak berlakunya perang dan melepaskan tembakan ke arah kapal yang didakwa melintasi laluan tanpa kebenaran.

AS pula melaksanakan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran dan dari semasa ke semasa melepaskan tembakan ke arah kapal yang mempunyai kaitan dengan Teheran.

AS turut mengebom sasaran di Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Teheran ke atas kapal, namun tiada serangan seumpama itu dilaporkan sejak 1 September.

Sebahagian kapal masih menggunakan laluan melalui selat itu, manakala media AS melaporkan usaha Washington melindungi kapal di laluan yang menyusuri pantai Oman.

Usaha diplomatik untuk menamatkan perang yang bermula dengan serangan mengejut besar-besaran AS dan Israel terhadap Iran itu menemui jalan buntu sejak beberapa bulan lalu.

Selat Hormuz penting kepada ekonomi dunia, dengan kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melalui selat itu sebelum perang tercetus.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN