AS dakwa Iran terbabit plot sasar pangkalan tentera di Britain 

AS dakwa Iran terbabit plot sasar pangkalan tentera di Britain 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuduh Iran terbabit dalam plot keganasan yang disyaki menyasarkan pangkalan udara Britain yang digunakan tentera AS, malah mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai siasatan berbanding pihak berkuasa negara itu.

Lima lelaki ditahan awal Ahad berhampiran pangkalan di Fairford, barat England yang digunakan pesawat pengebom B-1 AS untuk berlepas menjalankan misi terhadap Iran. 

Bagaimanapun, kelima-lima suspek yang menurut polis merupakan warga Britain berusia antara 23 hingga 25 tahun dari kawasan London, dibebaskan dengan ikat jamin pada Isnin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang berlaku hujung minggu ini boleh menjadi dan sememangnya merupakan, ancaman yang sangat serius. Ia jelas membabitkan campur tangan pihak asing, namun saya belum mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

“Saya fikir ia mengaitkan kita dengan realiti yang berlaku di sini. Kita berdepan dengan pihak-pihak di dunia, termasuk dalam kes Iran yang secara terbuka mengancam untuk menyerang kepentingan AS di seluruh dunia,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio kepada wartawan.

Rubio mengakui orang ramai terganggu dengan berita pembebasan suspek, namun berkata, pihak berkuasa Britain sangat bekerjasama dan mengendalikan perkara ini dengan baik.

Pada Selasa, pegawai kanan polis antikeganasan, Laurence Taylor mengesahkan tiada alat letupan buatan sendiri ditemui di dalam kenderaan berkenaan selain sejumlah petrol. Katanya, polis merancang menamatkan operasi siasatan di Fairford menjelang Rabu.

Namun, keputusan membebaskan suspek dengan ikat jamin itu turut mengundang kritikan daripada Trump yang menegaskan beliau tidak akan berbuat demikian. 

Taylor mengakui keputusan itu mengejutkan sesetengah pihak namun menegaskan ia dibuat berdasarkan pengalaman serta pertimbangan teliti terhadap kuasa yang dimiliki pihak polis.

Trump berkata, suspek mungkin mempunyai kaitan dengan Iran.

“Saya tahu jawapannya dan saya boleh memberikan butiran khusus, tetapi saya lebih rela tidak mengatakannya,” katanya kepada pemberita di Pejabat Oval.

Iran dengan tegas menafikan sebarang penglibatan dalam kejadian itu. Dalam satu kenyataan Iran turut mengutuk spekulasi yang didakwa  tidak berasas serta berniat jahat oleh beberapa individu dan organisasi media Britain, sambil memberi amaran dakwaan itu akan menyemarakkan ‘propaganda Iranofobia’ di United Kingdom (UK). -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×