Waktu siang lebih pendek hingga Mac 2027 
 - Utusan Malaysia

Waktu siang lebih pendek hingga Mac 2027 


WAKTU siang menjadi lebih pendek sehingga Mac tahun depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Waktu malam menjadi lebih panjang berbanding siang selepas Rabu lalu dan situasi itu berlaku sehingga ekuinoks musim bunga pada Mac tahun depan.

Bagaimanapun, Rabu menandakan ekuinoks musim luruh, satu daripada hanya dua tarikh dalam setahun apabila tempoh siang dan malam adalah sama panjang.

Sebilangan pengunjung yang berhimpun di Glastonbury pada Rabu lalu pada waktu senja berpeluang menyaksikan keindahan langit berwarna jingga keemasan yang dihiasi garisan awan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu di Jepun, hari Ekuinoks diisytiharkan sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyatnya meraikan perubahan musim.

Namun, di tapak peninggalan tamadun Maya iaitu Chichen Itza di Mexico, orang ramai berkumpul bagi menyaksikan bayangan matahari membentuk seakan-akan ular naga yang menuruni piramid El Castillo.

Secara saintifik, bentuk orbit dan kecondongan paksi Bumi menyebabkan terjadinya Ekuinoks musim luruh.

Semasa Bumi mengelilingi matahari, pergerakannya berlaku pada sudut kecondongan tertentu. Ini menyebabkan taburan haba dan cahaya matahari diterima secara tidak seimbang antara Hemisfera Utara serta Hemisfera Selatan.

Bagaimanapun, semasa fenomena Ekuinoks berlaku, paksi Bumi tidak condong ke arah matahari mahupun menjauhinya.

Ia membolehkan kedua-dua hemisfera menerima jumlah sinaran matahari yang sama rata.

Menerusi kejadian ini, matahari terbit hampir tepat dari arah timur dan terbenam hampir tepat di arah barat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×