WASHINGTON: Iran akan menunggu maklum balas rasmi daripada perunding Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump menolak cadangan untuk membuka semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial dalam tempoh tujuh hari.
Dalam hantaran di Telegram, Menteri Luar Iran, Abbas Araghch mengaku penolakan Trump terapi menuduh Presiden AS itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.
Terdahulu, Trump memberitahu pemberita di Rumah Putih bahawa cadangan Teheran itu tidak boleh diterima dan Iran mahu mencapai perjanjian untuk membuka selat berkenaan dengan segera kerana mereka mengalami kekalahan teruk.
Pada Jumaat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Araghchi memberitahu pemberita bahawa perjanjian boleh dicapai sekiranya syarat-syarat yang diperlukan dipenuhi oleh kedua-dua negara.
Araghchi berkata, syarat untuk membuka semula selat itu sama seperti yang terkandung dalam memorandum persefahaman antara AS dan Iran yang ditandatangani pada Jun.
Iran berkata, pihaknya membangkitkan cadangan untuk membuka semula selat itu dan menamatkan permusuhan ketika rundingan diadakan di luar Perhimpunan Agung PBB di New York sepanjang minggu lalu.
Selat Hormuz dilalui kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia itu secara berkesan ditutup sejak tercetusnya perang pada Februari.
“Saya menolak perjanjian mereka,” kata Trump pada Sabtu.
Beliau turut berkata, AS sudah mempunyai kawalan penuh terhadap selat itu, dengan jumlah minyak yang sangat besar melaluinya. – AGENSI











