Korban banjir Nepal-Tibet meningkat 160 orang, rakyat Malaysia antara ratusan masih hilang

Korban banjir Nepal-Tibet meningkat 160 orang, rakyat Malaysia antara ratusan masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUWAKOT: Sekurang-kurangnya 160 orang maut dalam bencana banjir besar dan tanah runtuh di sempadan Nepal-Tibet pada Rabu dengan ratusan lagi dilaporkan masih hilang, termasuk pelancong asing dan rakyat Malaysia.

Petugas bantuan memaklumkan beberapa penempatan penduduk musnah sepenuhnya akibat bencana berkenaan.

Rakaman pengawasan yang disahkan AFP menunjukkan puluhan orang berlari menyelamatkan diri ketika arus deras lumpur dan serpihan setinggi bangunan melanda kawasan sempadan di pihak China, menghanyutkan lori dan bas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media kerajaan China melaporkan berlaku kemalangan jiwa besar susulan tanah runtuh di sebuah hab sempadan Tibet. Tiga orang dilaporkan maut manakala 265 lagi masih hilang.

Di Nepal, polis berkata, mereka sudah menemukan 157 mayat susulan banjir dahsyat itu, sementara anggota keselamatan terus berusaha memindahkan keluarga yang tinggal di kawasan berisiko banjir ke lokasi lebih selamat.

Kementerian Pelancongan Nepal memaklumkan seramai 403 pelancong, termasuk 341 warga asing, belum dapat dikesan beberapa jam selepas bencana itu berlaku.

Pelancong asing yang masih hilang termasuk 142 warga India, selain rakyat Australia, Britain, Malaysia, Belanda, Portugal, Afrika Selatan, Korea Selatan, Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Nepal, David Fisher berkata, kawasan itu mengalami kemusnahan besar.

“Seluruh kampung dan kawasan pasar telah musnah,” katanya.

IFRC turut memaklumkan pihaknya sedang menghantar bekalan kecemasan termasuk selimut, kit pertolongan cemas, pengusung serta beg mayat.

Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah berikrar untuk menggerakkan segala usaha bagi menangani bencana berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini