Cuaca buruk jejas usaha menyelamat dalam terowong hidroelektrik Nepal

Cuaca buruk jejas usaha menyelamat dalam terowong hidroelektrik Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Hujan berterusan menjejaskan usaha mencari dan menyelamat lebih 900 mangsa yang dipercayai terperangkap di beberapa kemudahan hidroelektrik di kawasan yang dilanda banjir di Nepal.

Di tapak hidroelektrik Trishuli-3 ‘A’, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya menggerudi lubang pada salah satu terowong kabel kemudahan berkenaan.

Menteri Tenaga Nepal, Biraj Bhakta Shrestha berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada serpihan di dalam terowong itu, namun tiada komunikasi berjaya dilakukan dengan mana-mana individu yang mungkin berada di dalamnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan penyelamat berharap dapat membesarkan lubang berkenaan sehingga cukup untuk membolehkan seseorang memasukinya, sekali gus memberi mereka akses ke terowong utama di tapak tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, beliau berkata, pasukan penyelamat akan meneruskan operasi sepanjang malam, namun usaha berkenaan berisiko terjejas dan mungkin terpaksa dihentikan untuk beberapa ketika berikutan peningkatan aliran air akibat hujan berterusan.

Pada awal hari, beliau berkata, usaha menyelamat turut diteruskan di satu lagi kemudahan hidroelektrik, Trishuli-3 ‘B’.

Pasukan pakar dari China dan India turut menyertai pasukan penyelamat Nepal dalam operasi mencari dan menyelamat di beberapa tapak hidroelektrik di kawasan berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini