Trump tolak bantahan Netanyahu cadangan jual jet F-35 kepada Turkiye - Utusan Malaysia

Trump tolak bantahan Netanyahu cadangan jual jet F-35 kepada Turkiye

BENJAMIN NETANYAHU (kiri) dan Donald Trump. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak bantahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap cadangan penjualan pesawat pejuang F-35 kepada Turkiye.

“Tiada siapa boleh menentukan kepada saya apa yang patut kami jual,” kata Trump kepada wartawan pada Isnin di dalam pesawat Air Force One.

Beliau menyifatkan Turkiye sebagai sekutu yang hebat yang telah melakukan tugas yang sangat baik  dalam pelbagai isu serantau, termasuk di Syria.

Walaupun mengakui Ankara bukan penyokong besar Israel atau Netanyahu, presiden AS itu menegaskan bahawa hubungan dua hala antara AS dan Turkiye kekal kukuh.

Semasa sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Turkiye, Trump berkata, beliau pasti akan mempertimbangkan untuk memulihkan semula penjualan pesawat F-35 kepada Ankara.

Beliau menyifatkan Turkiye sebagai jauh lebih setia berbanding negara-negara lain.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, Trump telah mengambil pendekatan positif terhadap penghantaran pesawat pejuang F-35 kepada Turkiye.

Kenyataan Trump itu mengesahkan laporan media sebelum ini yang menyatakan beliau berang dengan kritikan terbuka Netanyahu terhadap cadangan Amerika untuk menjual pesawat tersebut kepada Turkiye.

Pada 2019, ketika penggal pertama pentadbiran Trump, AS  menggantung penyertaan Turkiye dalam program F-35 selepas membantah pembelian sistem pertahanan peluru berpandu S-400 buatan Russia oleh Ankara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN