Trump kritik Jordan susulan kematian askar AS - Utusan Malaysia

Trump kritik Jordan susulan kematian askar AS

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik Jordan di Rumah Putih pada Selasa susulan kematian tiga askar AS di negara itu dengan berkata bahawa kejadian tersebut tidak akan berlaku sekiranya ia dikendalikan oleh pasukan atau anggota Amerika.

Ketika berucap dalam pertemuan dengan Presiden Lubnan, Joseph Aoun, Trump berkata, Iran menyeludup sesuatu melalui wilayah Jordan.

Beliau menambah: “Perkara itu tidak akan berlaku sekiranya tenteraAmerika berkawal di negara tersebut.

“Apabila anda membiarkan pihak lain melakukan tugas anda, perkara tidak semestinya berjalan dengan baik.”

Sebelum itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa terdapat anggota tentera AS telah terbunuh dan sebuah sistem radar dimusnahkan di Jordan. 

IRGC turut berkata, kemudahan milik syarikat Amerika, Amazon di Bahrain telah menjadi sasaran sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas Iran.

Ia  mendakwa Menteri Pertahanan AS, Pete Hegseth menggambarkan anggota tentera yang terbunuh itu sebagai wira tetapi menyembunyikan jumlah sebenar korban askar Amerika.

Pada minggu, Pentagon menyatakan bahawa tiga anggota tentera Amerika terbunuh  di Jordan selepas serangan bertubi-tubi menggunakan peluru berpandu dan dron oleh Iran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN