Rundingan dengan AS tamat - Iran - Utusan Malaysia

Rundingan dengan AS tamat – Iran

GAMBAR fail Kazem Gharibabadi (kiri). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, pada Rabu mengumumkan bahawa rundingan di Doha, Qatar mengenai pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) antara Teheran dan Washington bagi menamatkan perang di Asia Barat telah selesai, menurut laporan media rasmi.

Menurut agensi berita rasmi IRNA yang memetik Gharibabadi, para peserta rundingan turut bersetuju bahawa satu saluran komunikasi akan diwujudkan selewat-lewatnya esok bagi melaporkan dan merekodkan sebarang pelanggaran terhadap memorandum persefahaman itu.

Sebelum ini, Qatar, yang bertindak sebagai pengantara, pada Selasa memaklumkan bahawa tiada mesyuarat peringkat tinggi atau rundingan secara langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijadualkan berlangsung di Doha, selepas Washington mengumumkan bahawa ia telah menghantar satu delegasi kanan untuk mengadakan rundingan.

Utusan Khas AS, Jared Kushner dan Steve Witkoff, tidak menyertai rundingan teknikal itu selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, pada Selasa.

Kementerian Luar Qatar memaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka membincangkan rundingan antara AS dan Iran serta perkembangan di Lubnan.

Pada Rabu, pejabat Emir Qatar berkata, Kushner dan Witkoff turut mengadakan pertemuan dengan pemerintah negara itu, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Iran sebelum ini menegaskan bahawa tidak akan ada rundingan secara langsung di Doha mengenai perjanjian yang bertujuan menamatkan perang yang tercetus susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran pada penghujung Februari. 

Sejak perjanjian antara AS dan Iran dimeterai bulan lalu, kedua-dua pihak telah saling melancarkan serangan di rantau Teluk, sekali gus memperlihatkan kesukaran untuk mengubah gencatan senjata awal itu menjadi penyelesaian yang berkekalan.

Teheran menyasarkan sebuah kapal dagang yang didakwanya telah menyimpang daripada laluan yang diluluskan di Selat Hormuz, manakala Markas Pusat Tentera AS (CENTCOM) memaklumkan pihaknya telah menyerang 10 sasaran ketenteraan Iran.

Iran kemudian melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera AS di Kuwait dan Bahrain, yang mengundang kecaman daripada kedua-dua negara Teluk itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN