Pengeluaran minyak mentah Nigeria capai paras tertinggi - Utusan Malaysia

Pengeluaran minyak mentah Nigeria capai paras tertinggi

GAMBAR fail Kilang Penapisan dan Petrokimia Dangote di Lagos. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Pengeluaran minyak mentah Nigeria mencapai paras tertinggi dalam tempoh 74 bulan pada bulan lalu, menurut pihak berkuasa pada hujung minggu, dengan purata pengeluaran mencecah 1.56 juta tong sehari.

Ia mewakili 104 peratus daripada kuota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang ditetapkan untuk negara itu.

Negara pengeluar minyak terbesar di Afrika itu telah meningkatkan pengeluaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebahagiannya adalah akibat  tindakan membanteras kegiatan kecurian minyak, selain mengambil bekas anggota kumpulan militan yang sebelum ini mensabotaj saluran paip untuk bertindak sebagai pasukan keselamatan.

Ketika syarikat minyak antarabangsa  yang terpalit dengan skandal pencemaran di kawasan Delta Niger dan meninggalkan banyak projek darat bagi memberi tumpuan kepada pengeluaran luar pesisir, syarikat tempatan mula mengambil alih operasi tersebut.

“Prestasi yang bertambah baik ini didorong terutamanya oleh operasi pengeluaran yang stabil di kebanyakan aset pengeluaran serta ketiadaan sebarang gangguan besar terhadap saluran paip sepanjang tempoh yang dikaji,” kata Suruhanjaya Kawal Selia Petroleum Hulu Nigeria (NUPRC) dalam kenyataan lewat Ahad. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN