Pemimpin Demokrat AS desak undian baharu di Senat henti perang Iran

Pemimpin Demokrat AS desak undian baharu di Senat henti perang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pemimpin Minoriti Demokrat di Senat Amerika Syarikat (AS), Chuck Schumer menggesa supaya perang terhadap Iran dihentikan, sambil menegaskan parti itu akan memaksa anggota Republikan mengadakan undian baharu bagi menghentikan operasi ketenteraan tersebut.

Beliau berkata, senator Demokrat akan memaksa senator Republikan mengadakan satu lagi undian untuk menamatkan perang ini dan membawa pulang anggota tentera AS.

“Setiap saat Trump melanjutkan peperangannya di Iran adalah satu lagi saat anggota perkhidmatan kita terus berada dalam bahaya. Cukuplah. Tamatkan perang ini,” tulis Schumer di platform X.

Dewan Perwakilan AS sebelum ini meluluskan resolusi kuasa perang pada 3 Jun yang mengarahkan presiden menghentikan permusuhan terhadap Iran kecuali mendapat kebenaran jelas daripada Kongres.

Resolusi berkenaan turut diluluskan oleh Senat pada 24 Jun selepas empat senator Republikan menyertai Demokrat menyokong langkah itu.

Ia merupakan kali ke-10 Senat mengadakan pengundian terhadap resolusi berkenaan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN