Iran dakwa musnahkan 3 jet F-35 milik AS - Utusan Malaysia

Iran dakwa musnahkan 3 jet F-35 milik AS

GAMBAR fail sebuah jet pejuang F-35. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Khamis mendakwa telah memusnahkan tiga jet pejuang F-35 milik Amerika Syarikat (AS).

Ia turut menyatakan  tiga lagi jet itu rosak teruk dalam serangan peluru berpandu balistik ke atas Pangkalan Udara Azraq di Jordan. 

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas, ketika Jordan secara berasingan melaporkan telah memintas lima peluru berpandu Iran untuk hari keempat berturut-turut.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Tasnim dan IRNA, pejabat perhubungan awam IRGC berkata, Pasukan Aeroangkasanya telah melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke arah kawasan parkir pesawat serta hangar penyelenggaraan.

Kawasan parkir dan penyelenggaran itu menempatkan jet pejuang F-35 AS di Pangkalan Udara Azraq.

Kenyataan itu turut mendakwa bahawa beberapa pegawai dan anggota teknikal serta penyelenggaraan pihak yang disifatkannya sebagai musuh itu turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Menurut IRGC,  serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwanya sebagai serangan AS pada awal pagi Khamis ke atas dua buah rumah kediaman di Pulau Qeshm, Iran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN