Dua hari serangan AS di Iran ragut 14 nyawa

Dua hari serangan AS di Iran ragut 14 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kementerian Kesihatan Iran memaklumkan pada Khamis, dua hari serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu mengorbankan 14 orang dan mencederakan 78 yang lain.

“Daripada jumlah mangsa yang cedera, 47 masih menerima rawatan di hospital manakala selebihnya telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” kata Ketua Perhubungan Awam kementerian itu, Hossein Kermanpour dalam hantaran di platform X.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump mengisytiharkan gencatan senjata dengan Iran sudah berakhir, memberi amaran keadaan akan menjadi jauh lebih buruk sekiranya Teheran terus menyerang kapal di selat berkenaan.

Selepas lima minggu pertempuran sengit, gencatan senjata yang rapuh serta perjanjian awal dengan AS sebelum ini diharap dapat menghentikan sementara konflik di Asia Barat.

Bagaimanapun, gencatan senjata itu semakin terancam selepas Markas Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan pihaknya melancarkan serangan bagi melemahkan keupayaan tentera Iran mengancam kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, yang menjadi antara isu utama dalam rundingan antara Washington dan Teheran.

Pelbagai pihak menggesa semua pihak menahan diri selepas tentera AS menyerang beberapa lokasi di pesisir pantai Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Teheran ke atas tiga kapal di laluan perairan itu.

Teheran turut mendakwa menyerang pangkalan tentera AS di Bahrain dan Kuwait, sekali gus menyaksikan usaha damai antara kedua-dua negara semakin kabur.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN