Trump mengaku marah Netanyahu - Utusan Malaysia

Trump mengaku marah Netanyahu

TRUMP berbual dalam keadaan tegang dengan Netanyahu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan berlaku perbualan tegang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di mana beliau dilaporkan memarahi sekutunya itu dengan menggunakan kata-kata kesat.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh New York Post pada Rabu, Trump ditanya mengenai perbualan telefon yang diadakannya dengan Netanyahu pada Isnin.

Penemubual bertanya sama ada benar beliau berkata kepada Netanyahu: “Adakah kamu sudah gila? Apa yang kamu sedang lakukan? Saya telah membantu kamu mengelakkan diri daripada dipenjarakan.”

“Itu betul,” jawab Trump.

“Saya agak terganggu dengan tindakannya yang terus berperang dengan Lubnan. “aya berkata, Bibi, kita perlu hentikan perkara ini,'” tambahnya.

Bibi ialah nama panggilan yang biasa digunakan untuk Netanyahu.

Trump kemudian menyatakan bahawa beliau masih mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemimpin Israel itu.

“Kami telah bekerjasama dengan baik. Saya sangat menyukai Bibi,” katanya.

Menurut laporan portal berita Axios dan ABC News, Trump melancarkan kemarahan tersebut susulan ancaman Israel untuk mengebom ibu negara Lubnan, Beirut, kerana bimbang tindakan itu akan menjejaskan rundingan dengan Iran bagi menamatkan perang di Asia Barat.

Pertelingkahan itu menyerlahkan hubungan yang semakin rapuh antara dua sekutu berhaluan kanan yang sebelum ini melancarkan serangan ke atas Iran pada akhir Februari, sehingga mencetuskan konflik yang kemudian merebak sehingga melibatkan serangan Israel ke atas Lubnan.

Media Israel bagaimanapun menolak laporan mengenai kandungan perbualan tersebut.

Seorang pegawai Rumah Putih merujuk AFP kepada hantaran Trump di platform Truth Social miliknya pada Isnin, di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Netanyahu atas apa yang didakwanya sebagai persetujuan untuk mengundurkan tentera Israel dari Beirut.

Menurut laporan, Iran telah menghentikan rundingan damai berikutan serangan Israel ke atas Lubnan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN