Tentera AS nafi Selat Hormuz ditutup - Utusan Malaysia

Tentera AS nafi Selat Hormuz ditutup

TENTERA AS menafikan Selat Hormuz ditutup oleh Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menafikan dakwaan Iran bahawa Selat Hormuz telah ditutup sepenuhnya sebagai tindak balas terhadap serangan terbaharu AS.

“FAKTA: Kapal-kapal perdagangan masih terus keluar masuk Selat Hormuz malam ini (Rabu),” kata MarkasPusat AS (CENTCOM), yang mengawasi operasi tentera Amerika di rantau tersebut, dalam satu hantaran di platform X.

Iran sebelum ini turut memperbaharui amaran mereka mengenai Selat Hormuz, laluan penting untuk pengangkutan minyak dan gas yang kini dilaporkan telah ditutup sepenuhnya.

“Adakah kamu menjadikan Selat Hormuz yang suci ini tidak selamat?! Kami akan menjadikan rantau ini neraka untuk kamu,” kata Majid Mousavi, ketua pasukan aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran, dalam satu hantaran di media sosial.

Tentera Laut Iran pula berkata, ia telah menyerang dua kapal yang cuba belayar melalui Selat Hormuz, menurut laporan televisyen negara IRIB dan agensi berita Mehr.

Sementara itu, agensi berita Tasnim memetik markas operasi tentera Iran sebagai berkata bahawa laluan perairan penting itu telah ditutup sepenuhnya dan bahawa “sebarang pergerakan kapal” di kawasan itu akan menjadi sasaran serangan.

Selat itu sebelum ini ditutup oleh Iran pada 28 Februari lalu susulan perang dengan AS dan Israel. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN