Perdana Menteri Britain umum letak jawatan

Perdana Menteri Britain umum letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Isnin mengumumkan peletakan jawatannya selepas kurang dua tahun memegang jawatan.

Keputusan itu dibuat dalam tempoh pentadbiran yang dicemari beberapa pusingan dasar serta tahap ketidakpopularan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

“Setiap keputusan yang saya ambil adalah demi mengutamakan negara yang saya cintai.

“Sebab itulah saya akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh,” kata Starmer dengan nada sebak dalam ucapan penuh emosi di luar 10 Downing Street.

Sebelum mengumumkan peletakan jawatannya, Starmer berkata, beliau mewarisi Parti Buruh yang berada dalam keadaan bankrap dari segi politik, kewangan dan moral.

“Saya berkali-kali diberitahu bahawa parti ini sudah berakhir dan tidak lagi mempunyai masa depan, namun saya telah membuktikan mereka salah,” katanya.

Starmer berkata, beliau berjaya mengubah parti itu dengan menyingkirkan racun antisemitisme, memulihkan kepercayaan terhadap ekonomi, pertahanan dan keselamatan negara.

Starmer berkata, proses pemilihan pemimpin baharu Parti Buruh akan dimulakan pada 9 Julai ini, manakala beliau akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga penggantinya dipilih.

Pemimpin baharu dijangka mengambil alih jawatan pada September.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×