BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Sabtu menyifatkan perjanjian yang dimeterai negaranya dengan Lubnan sebagai satu tamparan hebat kepada Iran dan Hizbullah. Namun, pemimpin kumpulan pejuang berkenaan, Naim Qassem sebaliknya mengisytiharkan perjanjian tersebut sebagai tidak sah. Perjanjian yang ditandatangani di Washington pada Jumaat itu dicapai selepas melalui lima pusingan rundingan yang bertujuan membuka jalan ke arah perdamaian antara kedua-dua negara jiran tersebut, termasuk pelan untuk melucutkan senjata Hizbullah. Qassem…










