Stok minyak komersial dunia makin berkurangan - Utusan Malaysia

Stok minyak komersial dunia makin berkurangan

GAMBAR fail menunjukkan kilang penapisan Total Energies di Antwerp, Belgium. - AFP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Stok minyak komersial sedang menyusut dengan sangat pantas ketika bekalan dari rantau Teluk terus terganggu akibat perang di Asia Barat, walaupun kerajaan di seluruh dunia mengeluarkan simpanan strategik masing-masing, kata Ketua Tenaga Atom Antarabangasa (IEA), Fatih Birol pada Isnin.

Kebimbangan terhadap kekurangan bekalan semakin meningkat ketika musim perjalanan musim panas di Hemisfera Utara semakin hampir. Syarikat penerbangan memberi amaran bahawa kekurangan bahan api kapal terbang boleh berlaku dalam tempoh beberapa minggu jika gangguan bekalan berterusan.

“Inventori komersial sedang menyusut, saya fikir ia kini berkurangan dengan sangat pantas,” kata Birol kepada wartawan ketika tiba untuk mesyuarat menteri kewangan negara-negara anggota Kumpulan 7 (G7) di Paris, Perancis.

“Kita masih mempunyai beberapa minggu lagi tetapi kita perlu sedar bahawa ia semakin menyusut dengan cepat,” tambahnya sambil memberi amaran bahawa bekalan itu bukan tidak akan habis.

Iran secara berkesan telah menghentikan trafik kapal tangki melalui Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang dilancarkan pada akhir Februari.

Penutupan selat itu telah menjejaskan aliran minyak dan gas dan menyebabkan harga melonjak tinggi.

Menurut EIA, pada bulan ini,  negara-negara sedang menggunakan inventori minyak dan rizab strategik mereka pada kadar rekod ketika rundingan untuk menamatkan perang semakin gagal. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN