Peru siasat ‘pemerdagangan’ askar ke Russia

Peru siasat ‘pemerdagangan’ askar ke Russia

SEORANG wanita menunjukkan gambar suaminya warga Peru yang kini bertempur dalam perang di Ukraine semasa satu pertemuan di Lima.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Pendakwa raya sedang menyiasat rangkaian pemerdagangan manusia yang didakwa menawarkan pekerjaan palsu di Russia kepada rakyat Peru sebelum memaksa mereka bertempur dalam perang Moscow di Ukraine.

Individu, termasuk bekas anggota tentera dan pegawai polis didakwa direkrut melalui media sosial dengan tawaran pekerjaan bergaji tinggi yang mengelirukan sebagai ejen keselamatan dan pekerjaan lain di Russia, menurut kenyataan pejabat peguam negara.

“Menurut maklumat yang diberikan kepada polis, mangsa dilaporkan dibawa ke Russia dan sebaik tiba di negara asing, dipaksa menyertai operasi tempur dalam konflik bersenjata antara Russia dan Ukraine.

“Pendakwa raya segera memulakan siasatan terhadap kesalahan yang didakwa melibatkan ‘pemerdagangan manusia’ dan ‘pemerdagangan manusia terancang’,” tambah kenyataan itu.

Peguam keluarga mangsa, Percy Salinas memberitahu saluran televisyen tempatan, seramai 13 rakyat Peru terbunuh dalam perang Russia-Ukraine.

Katanya, tawaran gaji bulanan antara AS$2,000 hingga AS$3,000 (RM7,930 hingga RM11,909) telah menarik kira-kira 600 rakyat Peru ke Russia sejak Oktober.

Kementerian luar Peru berkata, pihaknya meminta kedutaan Russia memberikan maklumat mengenai keberadaan rakyat Peru yang memilih untuk berkhidmat dalam angkatan bersenjata Moscow.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, kedutaan Moscow di Lima mengakui rakyat Peru telah menandatangani kontrak untuk menyertai angkatan tentera Russia.

Namun, kedutaan itu menegaskan individu berkenaan berbuat demikian secara sukarela dan sah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN