Saya bukan paling rapat, tapi dia anggap saya seperti adik - Ikmal Amry - Utusan Malaysia

Saya bukan paling rapat, tapi dia anggap saya seperti adik – Ikmal Amry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang tayangan filem Tarung pada 7 hari bulan ini, pelakon Ikmal Amry berkongsi luahan peribadi mengenai individu penting dalam perjalanan hidupnya.

Ikmal Amry atau nama sebenar Ahmad Ikmal Azman, 31, memilih untuk tidak menumpukan kepada filem berkenaan, sebaliknya mengangkat kisah persahabatan dan penghargaan terhadap insan yang banyak membantu dirinya sejak awal pembabitan dalam industri.

“Perkongsian ini bukan tentang filem semata-mata, sebaliknya mengenai individu yang banyak membantu saya dalam hidup,” katanya.

Katanya, dia sudah mengenali Aedy Ashraf selama sebelas tahun, iaitu pada tahun yang sama saya mengenali dengan Ben Ali.

“Kalau ingin diceritakan bagaimana kami berkenalan memang panjang, namun saya ringkaskan. Pada 2015, saya cuba menetap di Kuala Lumpur dan mereka memberi saya tempat tinggal tanpa meminta sebarang balasan,” katanya dalam satu hantaran di Threads, semalam.

Bagaimanapun, Ikmal menjelaskan perkongsian tersebut sebagai tanda penghargaan kepada Aedy yang telah dikenalinya lebih sedekad lalu.

“Dalam hati saya masa itu cuma satu, siapa mereka ini dan kenapa baik sangat dengan saya.

“Saya bukan paling rapat dengan dia, tetapi dia jaga saya lebih daripada itu dan anggap saya seperti adik sendiri,” ujarnya.

Tambah Ikmal dan juga merupakan finalis Hero Remaja 2017 itu, sepanjang empat tahun bersama, dia menyaksikan keperibadian Aedy yang bukan sahaja menjaga keluarga, malah sentiasa memastikan orang sekelilingnya dalam keadaan baik.

Ikmal turut berkongsi detik sukar apabila pernah berdepan masalah kewangan tanpa pengetahuan sesiapa, namun tetap menerima bantuan tanpa diduga pada waktu paling memerlukan.

“Pagi itu saya bangun dan jumpa RM50 di bawah dompet saya, saya menangis kerana perkara kecil itu sangat besar maknanya.

“Bila orang tolong kita dalam keadaan dia sendiri mungkin sedang dalam kesusahan, itu sesuatu yang saya tak akan lupa sampai bila-bila,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN