Perancis haram kemasukan Menteri Keselamatan Israel - Utusan Malaysia

Perancis haram kemasukan Menteri Keselamatan Israel

Gambar fail Itamar Ben-Gvir - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis telah mengharamkan kemasukan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, dengan alasan tingkah laku yang tidak boleh diterima terhadap aktivis flotila ke Gaza yang ditahan oleh pasukan polis di bawah arahannya.

“Mulai hari ini (semalam), Itamar Ben-Gvir dilarang memasuki wilayah Perancis. Keputusan ini dibuat susulan tindakan beliau yang tidak boleh diterima terhadap rakyat Perancis dan Eropah yang merupakan penumpang (kapal) flotila Global Sumud,” umum Menteri Luar Perancis, Jean-Noël Barrot, dalam hantaran di X.

Beliau berkata, Perancis tidak boleh menerima rakyatnya diancam, diugut atau dianiaya sedemikian rupa, lebih-lebih lagi oleh seorang pegawai awam dan menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk turut mengenakan sekatan terhadap Ben-Gvir.

Minggu ini, Itamar Ben-Gvir mencetuskan kemarahan antarabangsa selepas memuat naik video dirinya mengejek aktivis-aktivis flotila yang ditahan.

Dalam satu klip, Ben-Gvir dilihat melambaikan bendera besar Israel di atas tahanan yang membongkok dengan tangan kelihatan diikat.

Dalam klip video lain, beliau mengejek seorang tahanan yang berlutut dengan pergelangan tangan diikat menggunakan ikatan zip dan menjerit:“Am Yisrael Chai” ke arah individu itu.

Ia merupakan ayar dalam bahasa Ibrani yang bermaksud ‘Hidup Bangsa Israel’.

Dalam satu lagi rakaman, tahanan dilihat sujud dengan dahi menyentuh lantai di kawasan terbuka, ketika lagu kebangsaan Israel dimainkan dan sekumpulan pengawal bersenjata mengelilingi mereka.

Pemimpin-pemimpin asing malah rakan dalam gabungan kerajaan sendiri. mengecam tindakan itu Kira-kira 430 tahanan flotila yang dirakam dalam video tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN