New Zealand perkenal ujian kewarganegaraan untuk pendatang bermula 2027

New Zealand perkenal ujian kewarganegaraan untuk pendatang bermula 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pendatang yang memohon kewarganegaraan New Zealand perlu lulus ujian yang merangkumi topik seperti kerajaan dan hak asasi manusia bermula 2027.

Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Brooke van Velden, ujian tersebut akan dijalankan secara bersemuka dan mengandungi 20 soalan aneka pilihan dalam bahasa Inggeris, dengan sekurang-kurangnya 15 jawapan perlu betul untuk lulus.

Antara topik yang akan diuji termasuk Akta Rang Undang-Undang Hak 1990, hak asasi manusia, kesalahan jenayah tertentu, hak mengundi, prinsip demokrasi, struktur kerajaan serta peraturan perjalanan masuk dan keluar dari New Zealand.

“Orang yang memohon kewarganegaraan perlu memahami bahawa rakyat New Zealand percaya kepada hak tertentu, seperti kebebasan bersuara, atau tiada individu mahu pun kumpulan berada di atas undang-undang,” kata van Velden.

Jelasnya, ujian itu memastikan pemohon mempunyai pengetahuan mencukupi mengenai tanggungjawab dan hak mereka sebelum diberikan kewarganegaraan.

Ketika ini, pemohon hanya perlu menandatangani pengakuan mereka memahami tanggungjawab dan keistimewaan sebagai warganegara.

Lapor Reuters, butiran lanjut mengenai ujian sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan ia dijangka menjadi syarat rasmi pada separuh kedua 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN