MSF tuduh Israel 'cipta' krisis kekurangan zat makanan di Gaza

MSF tuduh Israel ‘cipta’ krisis kekurangan zat makanan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Badan amal Doctors Without Borders (MSF) menuduh Israel sengaja menyekat makanan dan bantuan di Gaza, mewujudkan ‘krisis kekurangan zat makanan yang direka dengan kesan yang sangat dahsyat terhadap bayi serta wanita hamil dan menyusukan anak.

Laporan itu juga meneliti kemudaratan yang dilakukan oleh organisasi swasta yang disokong AS dan Israel yang ditubuhkan tahun lepas untuk menggantikan sebahagian besar pengagihan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza.

MSF mengemukakan kesan berdasarkan analisis situasi antara akhir 2024 dan awal 2026 di empat kemudahan kesihatan yang disokongnya di Semenanjung Gaza.

Analisis tersebut menunjukkan peningkatan ketara kelahiran pramatang dan kadar kematian bayi dalam kalangan ibu yang mengalami kekurangan zat makanan, serta peningkatan kes keguguran.

MSF mengaitkan keadaan itu dengan sekatan barangan penting oleh Israel dan serangannya ke atas infrastruktur awam, termasuk kemudahan perubatan.

“Ketegangan, perpindahan, sekatan bantuan dan akses terhad kepada makanan dan rawatan perubatan telah membawa kesan buruk kepada kesihatan ibu dan bayi yang baru lahir.

MSF memberi amaran bahawa keadaan masih “sangat rapuh” walaupun terdapat gencatan senjata sejak Oktober lalu selepas dua tahun konflik yang memusnahkan.

MSF menyeru pihak berkuasa Israel untuk membenarkan kemasukan bantuan dan bekalan tanpa halangan ke Gaza dengan segera.

“Krisis kekurangan zat makanan sepenuhnya sengaja direka-reka. Sebelum perang di wilayah Palestin meletus susulan serangan Hamas yang belum pernah terjadi sebelumnya di Israel pada 7 Oktober 2023, kekurangan zat makanan di Gaza hampir tidak wujud,” kata wakil kecemasan MSF, Merce Rocaspana.

MSF berkata, pihaknya mengumpul data daripada lebih 200 ibu dan bayi baru lahir yang menerima rawatan di unit rawatan rapi neonatal di hospital di Khan Younis dan Gaza Cit antara Jun dan Januari lalu.

Analisisnya mendapati, lebih separuh daripada wanita tersebut terjejas oleh kekurangan zat makanan semasa kehamilan mereka. Satu perempat daripada mereka masih kekurangan zat makanan semasa bersalin.

“Kesannya jelas, 90 peratus bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kekurangan zat makanan dilahirkan pramatang dan 84 peratus mempunyai berat lahir yang rendah.

“Kematian neonatal adalah dua kali ganda lebih tinggi dalam kalangan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kekurangan zat makanan berbanding mereka yang dilahirkan oleh ibu yang tidak mengalami,” kata MSF.

Badan amal perubatan itu juga memeriksa data daripada 513 bayi di bawah umur enam bulan yang dimasukkan ke program pemakanan terapeutik pesakit luar di Khan Younis antara Oktober 2024 dan Disember 2025.

Daripada jumlah tersebut, 91 peratus berisiko mengalami masalah tumbesaran.

Analisis hari Khamis juga mengetengahkan impak Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF)sebuah organisasi swasta yang disokong AS dan Israel yang ditubuhkan tahun lepas untuk menggantikan sebahagian besar pengagihan bantuan PBB di Gaza.

MSF menegaskan, menjelang akhir Mei 2025, pusat pengagihan makanan di Gaza menurun daripada sekitar 400 kepada empat di bawah GHF, yang dibubarkan November lalu.

Ketua unit kecemasan MSF, Jose Mas, menyifatkan pusat agihan itu dikendalikan secara ketenteraan dan membawa maut.

MSF juga merekodkan peningkatan kes keguguran, kekurangan zat makanan serta kecederaan teruk akibat keganasan di pusat agihan makanan ketika GHF beroperasi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN