Enam mayat ditemui dalam gerabak kereta api di Texas

Enam mayat ditemui dalam gerabak kargo kereta api di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Enam orang ditemui mati dalam sebuah gerabak kargo kereta api di selatan Texas, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Mayat-mayat tersebut ditemui di sebuah kawasan landasan berhampiran sempadan AS–Mexico oleh seorang pekerja syarikat pengangkutan barang Union Pacific, menurut Jabatan Polis Laredo seperti dilaporkan New York Times.

Polis sedang menyiasat punca kematian individu berkenaan, kata laporan itu.

“Ini satu kejadian yang sangat menyedihkan. Terlalu ramai nyawa telah terkorban,” kata pegawai maklumat awam polis, Jose Espinoza, menurut CNN.

Suhu di kawasan tempat kereta api itu berhenti dilaporkan mencecah 32 darjah Celsius pada Ahad.

Sebelum ini, dua pendatang maut selepas ditemui terperangkap dalam sebuah kereta api di Texas pada 2023.

Setahun sebelum itu, 53 pendatang dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam sebuah trak treler dalam keadaan panas melampau di sebuah jalan terpencil di Texas.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN