BANGKOK: Selepas dihimpit kesan konflik di Asia Barat, rantau Asia kini terpaksa bersiap sedia menghadapi fenomena El Nino kuat yang berisiko melonjakkan permintaan tenaga, melumpuhkan kuasa hidroelektrik dan merosakkan hasil tanaman. El Nino merupakan fenomena iklim semula jadi yang membawa perubahan corak angin, tekanan udara dan taburan hujan di seluruh dunia, di mana agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan ia boleh terbentuk seawal Mei hingga Julai. Pertubuhan Meteorologi Sedunia…










