AS beri amaran kepada sekutu sokong flotila bantuan Gaza, dakwa 'aksi gimik'

AS beri amaran kepada sekutu sokong flotila bantuan Gaza, dakwa ‘aksi gimik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyokong Israel selepas tenteranya memintas flotila bantuan menuju Gaza dan memberi amaran kepada sekutu Eropah agar tidak menyokong ‘aksi gimik’ tersebut.

Kenyataan itu dibuat selepas penganjur flotila memaklumkan 211 individu ditahan tentera Israel, termasuk seorang ahli majlis bandar Paris di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete, Greece.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa, pelabuhan merupakan perairan dalaman di mana negara pesisir mempunyai kedaulatan wilayah sepenuhnya.

“AS menjangkakan semua sekutu kami mengambil tindakan tegas terhadap aksi politik yang tidak bermakna ini dengan menafikan akses pelabuhan, tempat berlabuh, pelepasan dan pengisian bahan api kepada kapal yang menyertai flotila.

“AS akan mempertimbangkan penggunaan langkah sedia ada untuk mengenakan tindakan terhadap pihak yang menyokong flotila pro-Hamas ini serta menyokong tindakan undang-undang oleh sekutu kami terhadapnya,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott.

Aktivis pro-Palestin itu merupakan kumpulan terbaharu yang cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza, wilayah pantai Palestin yang kini musnah selepas dua tahun serangan berterusan Israel susulan serangan luar biasa Hamas pada 7 Oktober 2023.

Sepanyol, yang kerajaan berhaluan kirinya sering berselisih dengan Presiden AS, Donald Trump, mengecam keras tindakan Israel terhadap flotila itu dan memanggil wakil Israel di Madrid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN