WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mengetatkan undian melalui pos, sekali gus memperhebat usaha menyekat kaedah popular dalam pilihan raya negara itu. Langkah tersebut dibuat susulan serangan berterusan pemimpin Republikan itu terhadap sistem pilihan raya AS, berasaskan teori konspirasi yang tidak terbukti mengenai dakwaan penipuan oleh Demokrat. Bagaimanapun, kuasa Trump untuk melaksanakan langkah berkenaan masih tidak jelas dan dijangka berdepan cabaran undang-undang, dengan keputusan muktamad…










