Sekatan AS ke atas pelabuhan Iran akan kekal jika tiada perjanjian - Trump

Sekatan AS ke atas pelabuhan Iran akan kekal jika tiada perjanjian – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden, Donald Trump bercadang mengekalkan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas pelabuhan Iran sekiranya perjanjian damai dengan Teheran tidak dicapai, sambil menegaskan beliau mungkin tidak akan melanjutkan gencatan senjata selepas ia tamat.

Semalam, Iran membuka semula Selat Hormuz susulan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, namun Teheran turut mengancam untuk menutup semula laluan strategik itu jika sekatan AS diteruskan.

Gencatan senjata antara Teheran dan Washington dijadualkan tamat pada Rabu.

“Mungkin saya tidak akan melanjutkannya, tetapi sekatan itu akan kekal,” kata Trump kepada wartawan di atas pesawat Air Force One ketika ditanya sama ada gencatan senjata akan disambung semula.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan perjanjian, Trump berkata, beliau fikir ia akan berlaku.

Perbezaan utama masih wujud antara tuntutan AS dan Iran, selepas rundingan sebelum ini di Pakistan gagal mencapai persetujuan.

Trump juga berkata, tidak akan ada cukai laluan dikenakan oleh Iran ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, yang pernah dicadangkan Teheran dalam pelan perjanjian terdahulu.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump turut memaklumkan Presiden China, Xi Jinping sangat gembira dengan pembukaan semula laluan minyak global itu.

“Pertemuan kami di China akan menjadi istimewa dan berpotensi bersejarah,” katanya merujuk kepada sidang kemuncak yang dirancang di Beijing pada Mei.

Trump turut menegaskan Washington dan Tehran akan bersama-sama memindahkan uranium diperkaya dari Iran ke AS di bawah pelan yang dicadangkan untuk menamatkan perang yang bermula pada 28 Februari lalu.

Namun Kementerian Luar Iran sebelum ini menegaskan simpanan uranium negara itu tidak akan dipindahkan ke mana-mana.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×