JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berlepas ke Russia semalam bagi mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya, Vladimir Putin mengenai minyak, kata pejabat kerajaan. Menteri Luar, Sugiono berkata, isu minyak yang mempunyai kepentingan strategik bagi negara Indonesia akan menjadi antara agenda utama. “Beliau akan bertemu dengan Putin dan membincangkan isu geopolitik global dan sudah tentu, tentang situasi tenaga,” katanya. Prabowo yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun, mempertahankan lawatan…










