PM Israel jalani pembedahan buang tumor - Utusan Malaysia

PM Israel jalani pembedahan buang tumor

NETANYAHU jalani pembedahan buang tumor kecil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu lewat mengeluarkan laporan perubatan tahunannya pada Jumaat, dengan menyatakan bahawa doktor telah berjaya membuang tumor malignan kecil peringkat awal daripada prostatnya.

Dalam satu hantaran di X, pemimpin Israel itu berkata, beliau telah menjalani pembedahan 18 bulan lalu untuk membuang prostat yang telah dipantau secara berkala sejak itu.

“Pada pemeriksaan terakhir saya, satu titik kecil kurang daripada satu sentimeter ditemui pada prostat. Ujian mengesahkan tumor malignan peringkat  yang sangat awal,” kata lelaki berusia 76 tahun itu.

Netanyahu menambah bahawa beliau telah menjalani rawatan khusus yang menghapuskan masalah tersebut dan tidak meninggalkan kesan, tanpa menyatakan bila ia dilakukan.

Pemimpin itu sebelum ini menjalani kolonoskopi rutin di sebuah hospital di Baitulmaqddis pada Mei tahun lalu, menurut pejabatnya ketika itu.

Netanyahu berkata, beliau meminta laporan perubatan itu ditangguhkan selama dua bulan bagi mengelakkan penerbitannya ketika perang di Asia Barat  dengan alasan bimbang bahawa Iran akan menyebarkan propaganda palsu.

Kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran telah dihentikan sementara selepas gencatan senjata sementara berkuat kuasa lebih dua minggu lalu.

Netanyahu telah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak kembali memegang jawatan pada Disember 2022, menurut pejabatnya.

Pada Mac 2024, beliau menjalani pembedahan hernia. Ia dilakukan sebelum beliau menjalani pembedahan prostat pada Disember tahun yang sama.

Pada Julai 2023, kurang tiga bulan sebelum bermulanya perang Gaza yang dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas ke atas Israel, Netanyahu telah dipasang alat perentak jantung selepas dimasukkan ke hospital akibat pening. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN