NADOR: Pihak berkuasa di bandar Nador, Maghribi, didakwa terlibat dalam pembunuhan besar-besaran anjing liar menjelang Piala Dunia FIFA 2030, dengan imej mengejutkan menunjukkan darah memenuhi jalanan dan kehadiran lelaki bersenjata di kawasan kejadian. Dianggarkan kira-kira tiga juta anjing liar hidup di jalanan Maghribi. Gabungan Perlindungan Kebajikan Haiwan Antarabangsa (IAWPC) berkongsi beberapa imej mengejutkan, mendakwa persiapan menjelang Piala Dunia FIFA 2030 dicemari adegan keganasan. Jurucakap IAWPC berkata, keterangan saksi menggambarkan bagaimana…










