BEIRUT: Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan serangan Israel sudah mengorbankan 2,020 orang sejak perangnya dengan Hizbollah yang disokong Iran bermula bulan lalu. Angka terbaharu daripada Kementerian Kesihatan Lubnan itu termasuk 248 wanita, 165 kanak-kanak dan 85 petugas perubatan serta kecemasan yang terbunuh. Seramai 6,436 orang cedera sejak negara itu terheret ke dalam perang Asia Barat pada 2 Mac. Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, sebarang perjanjian damai dengan Lubnan mesti…










