Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Pulau Hokkaido

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Pulau Hokkaido

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Gempa bumi kuat melanda pulau utara Jepun, Hokkaido pada awal Isnin, menurut agensi meteorologi, menjadikannya gegaran terbaharu dalam siri gempa kuat yang melanda negara itu.

Gempa bermagnitud 6.2 itu berlaku pada pukul 5:23 pagi (waktu tempatan) di wilayah selatan Hokkaido, pada kedalaman 83 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menjangkakan kerosakan harta benda serta risiko kematian adalah minimum memandangkan kawasan terjejas mempunyai kepadatan penduduk rendah, kira-kira 200 kilometer di timur Sapporo.

Namun, seorang pegawai JMA memberi amaran risiko runtuhan batu dan tanah runtuh meningkat di kawasan yang mengalami gegaran kuat.

JMA turut memberi amaran kebarangkalian berlakunya gempa susulan dengan kekuatan sama dalam tempoh minggu ini adalah tinggi.

Beberapa jam sebelum itu, satu lagi gempa bermagnitud 5.0 berlaku di laut beberapa ratus kilometer di selatan Hokkaido.

Gegaran ini berlaku kurang seminggu selepas amaran JMA mengenai risiko meningkatnya kemungkinan ‘gempa mega’ bermagnitud 8.0 atau lebih, susulan gempa 7.7 magnitud minggu lalu di luar pesisir wilayah Iwate di utara Jepun.

Gempa tersebut mencederakan enam orang dan menyebabkan bangunan besar bergoyang di Tokyo, ratusan kilometer dari pusat gempa. Ombak tsunami setinggi 80 sentimeter turut melanda pelabuhan di Iwate.

Selepas kejadian itu, JMA menyatakan kebarangkalian berlakunya gempa besar baharu adalah lebih tinggi berbanding keadaan normal.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN