WASHINGTON: Puluhan anggota Kongres Demokrat mendesak Presiden, Donald Trump digugurkan daripada jawatan, susulan kenyataan ekstrem beliau terhadap Iran, termasuk mengancam menghapuskan ‘seluruh tamadunnya’. Dalam hantaran berasingan di media sosial, lebih 70 wakil rakyat termasuk beberapa senator menegaskan Kabinet Trump perlu menggunakan Pindaan ke-25 Perlembagaan untuk mengisytiharkan beliau tidak layak berkhidmat. Mereka juga mencadangkan Kongres mendakwa dan menyingkirkan presiden Republikan itu atau kedua-duanya sekali. “Dewan Perwakilan dan Senat mesti kembali bersidang.…










