Bekalan bahan api Australia bertahan hingga Mei - Utusan Malaysia

Bekalan bahan api Australia bertahan hingga Mei

BEKALAN petrol dijamin mampu bertahan untuk bulan Mei di Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Australia berjaya mengukuhkan jaminan bekalan bahan api untuk tempoh sebulan lagi, di tengah-tengah kebimbangan pengguna dan pemandu terhadap jangkaan kenaikan harga di stesen minyak serta pasar raya.

Menteri Tenaga, Chris Bowen, memaklumkan bahawa negara itu pada asalnya hanya mempunyai bekalan sehingga pertengahan April. Namun, tempoh tersebut kini telah dijamin mampu bertahan sehingga bulan Mei.

“Semua pesanan telah dimuktamadkan dan dikontrakkan. Sebaik sahaja ia dikontrakkan, bahan api tersebut secara sah menjadi milik syarikat Australia yang membelinya. Ini adalah satu perkembangan yang memberangsangkan,” katanya kepada stesen radio ABC Radio National pada Isnin. 

Bowen mendedahkan sebanyak 3.7 bilion liter pelbagai jenis bahan api sedang dalam penghantaran ke Australia bulan ini. Berita ini memberi kelegaan kepada peruncit selepas mengharungi tempoh sibuk musim perayaan Easter.

Bagaimanapun, situasi di lapangan masih menunjukkan gangguan. Ini kerana di negeri New South Wales (NSW), sebanyak 142 stesen minyak dilaporkan kehabisan diesel. Sebanyak 39 stesen lagi terputus terus bekalan bahan api. Secara keseluruhan, 3.4 peratus stesen minyak di seluruh negara masih tidak mempunyai bekalan diesel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN