BANDAR GAZA – Tembakan artileri Israel telah membunuh seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun dan mencederakan seorang lagi remaja di timur Bandar Gaza pada Sabtu, menandakan pelanggaran baharu gencatan senjata di wilayah itu, lapor agensi berita Anadolu. Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa Abed Raed Radi terbunuh berhampiran kawasan yang dikawal Israel di timur kawasan kejiranan Zeitoun. Salman Yahya al-Malalha, 16, cedera dalam bedilan yang sama dan kini berada dalam…










